
Hati ibu mana yang tidak terguris apabila anak sendiri
diejek dan dicaci tanpa sebab ketika bergelar artis. Terdapat segelintir peminat
Adira AF telah mengejek sebagai hantu putih di Instagram peribadi artis
itu.

Dipetik Adira berkata
"Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram,
saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan
menegur tentang perkara itu. Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu
biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak
boleh berjalan pada satu gambar di Instagram." Menurut Adira, terdapat beberapa
komen yang dibalasnya dan bukan bertujuan untuk bergaduh dengan peminat tetapi
mahu mereka sedar tentang menjaga perasaan orang lain. "Saya jarang balas
komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah
dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Kalau seorang dua
sahaja tidak mengapa, ini tidak… mereka tag kawan-kawan yang lain supaya
meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu."