ketika
tidur. Namun realitinya, kebanyakkan wanita yang telah bersuami tahu
akibatnya.
Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?
Jika ini tidak berlaku pada wanita itu, itu kena tanya sang suami nya. Jadi apakah yang berlaku?
1.
Wanita akan mengandung.
2.
Lahirlah generasi warisan pasangan tersebut, itu lah jawapannya.
Betul
ke? Lu pikir lah sendiri.
“Melihat
ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab itulah
hingga kini, saya mengelak daripada tidur dengan memakai bra,” ujar seorang
pelakon drama televisyen.
Kata-katanya
yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti
mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara.
Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika
tidur.
Benarkah
memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara? “Tidak benar.
Memakai bra semasa tidur tiada kaitan dengan kanser payudara,” kata Dr.
Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care,
Kemang, Jakarta Selatan. Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan
bra ketika tidur.
“Dengan
syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu
membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekali gus
mempengaruhi kesihatan payudara,” jelas Dr. Febriansyah.
Beliau
berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur
supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta
terasa lebih segar apabila bangun.
Tambah
beliau, “Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga
mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit.”
Begitu
juga dengan lelaki. Menurut Dr. Febriansyah, dakwaan mengatakan lelaki yang
memakai seluar dalam ketika tidur berisiko menjadi mandul, adalah tidak
benar.
“Seelok-eloknya,
lelaki tidak memakai seluar dalam yang ketat ketika tidur. Tujuannya sama,
supaya tiada tekanan pada alat kelamin dan darah dapat mengalir lancar,” ujar
beliau.
Lelaki
boleh memakai seluar semasa tidur, asalkan ia longgar seperti seluar boxer.
Baik lelaki mahupun wanita, harus mengenakan pakaian longgar atau tidak terlalu
ketat semasa tidur.
“Memakai
seluar dalam yang terlalu ketat akan menyebabkan peredaran udara pada vagina
seseorang wanita, terganggu. Keadaan ini boleh menimbulkan masalah keputihan,”
kata Dr. Febriansyah.
Selain
longgar, lelaki mahu pun wanita harus memakai pakaian yang mampu menyerap peluh.
“Ini kerana semasa tidur, tubuh manusia berpeluh.
Justeru,
elakkanlah daripada memakai pakaian bahan poliester kerana bahan itu tidak
menyerap peluh,” tegas beliau.