
Terkejut dengar apabila ada artikel yang mengaitkan
Fezrul Khan ditembak mati dalam set penggambaran Filem Mirip. Mesti ramai yang
salah sangka bila artikel sebegitu menjadi viral dan tertanya apakah yang
berlaku pada Fezrul Khan
sebenarnya. Fezrul Khan yang
melakonkan sebagai watak utama dalam filem Mirip menggemparkan apabila stunt
tembak-menembak dilakonkan oleh beliau sendiri tanpa ada pertolongan daripada
stunt team sendiri. Siapa sangka scene-scene sebegini sudah mampu dilakukan oleh
pelakon-pelakon kita sendiri. "Saya ingin melakukan aksi stunt saya sendiri
sebagai pelakon yang sudah lama bertapak dalam industri seni tanah air. Walaupun
agak susah, tapi ianya sangat manis dan berharga apabila kita dapat lakukan
sendiri aksi-aksi stunt itu." Sebenarnya tiada apa-apa yang berlaku pada Fezrul.
Semuanya selamat dan itu hanyalah khabar angin tentangnya sahaja.