Bapa kepada pasangan
kahwin muda, Saad Mustafa mendedahkan bahawa anak perempuannya, Nor Fazira Saad,
13, diperkosa oleh bekas suaminya, Mohd Fahmi Mohamed Alias, 20, bersama dua
kawan lelaki empat bulan sebelum perkahwinan itu dilangsungkan.
Saad,
44, berkata, dia membuat laporan polis pada 15 Julai 2012, namun ibu bapa Mohd
Fahmi datang menemuinya selama beberapa hari merayu laporan itu ditarik balik
kerana tidak mahu anaknya menerima hukuman penjara.
Saad
turut berkata bahawa keluarga Mohd Fahmi memang tidak menyukai anaknya dari mula
perkahwinan dan Nor Fazira juga selalu didera secara fizikal serta tidak diberi
makan oleh keluarga mertuanya.
Nor
Fazira turut memberitahunya pada Oktober 2013 bahawa dia tidak tahan dengan
layanan keluarga mertuanya dan memutuskan untuk meminta
cerai.
-
-
-
Saad
menunjukkan laporan polis yang dibuat oleh anaknya Nor Fazira pada tahun
lalu.