Sudah lebih
daripada 60 tahun semenjak Perang Dunia Ke-2 berakhir dengan keputusan
peperangan berpihak kepada Tentera Bersekutu yang diketuai oleh Amerika
Syarikat.
Siapa sangka, walaupun perang telah lama
berakhir, seorang askar Jepun yang ketakutan telah ditemui bersembunyi di dalam
hutan selama 28 tahun, iaitu kira-kira 40 tahun setelah perang berakhir.

shoichi yokoi
Tepat 40 tahun semenjak seorang askar Jepun
ditemui di hutan Guam, setelah terselamat dan berada di sana selama hampir 3
dekad selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2.
Beliau diberi sambutan seperti seorang wira
semasa ketibaan beliau di Jepun.
Walaubagaimana pun, beliau sering merasai
seolah-olah masih belum berasa seperti di rumah dalam keadaan Jepun pada era
moden ini.
Selama 28 tahun ini, Shoichi Yokoi, seorang
askar berpangkat Lans Koperal dalam pasukan Tentera Jepun semasa Perang Dunia
Ke-2 menghabiskan masa dengan bersembunyi di dalam hutan dengan kepercayaan ahli
pasukannya akan datang membawanya pulang.
Beliau akhirnya telah ditemui oleh sekumpulan
pemburu tempatan di Pulau Pasifik, pada 24 Januari 1972 dan askar yang berusia
57 tahun ini masih lagi beranggapan bahawa hidupnya berada dalam bahaya.
"Dia sangat takut." kata Omi Hatashin, sepupu
kepada Yokoi.
Terkejut dengan kehadiran manusia yang sangat
ramai setelah bertahun-tahun hidup bersendirian, Yokoi cuba untuk merampas salah
satu senapang daripada pemburu berkenaan namun disebabkan faktor pemakanan yang
tidak sihat dan lemah, beliau bukan tandingan kepada pemburu tempatan itu.
"Pada masa itu, dia takut pemburu berkenaan
akan mengambilnya sebagai tawanan perang - dan merupakan malu yang paling besar
bagi seorang Tentera Jepun dan keluarganya yang berada di Jepun." kata Hatashin
lagi.
Semasa sekumpulan pemburu itu cuba untuk
membawanya pergi melalui kawasan hutan yang berumput tinggi, dia merayu kepada
pemburu berkenaan untuk membunuhnya sahaja di situ.
Dengan menggunakan sejarah dan memoir
pakciknya, Yokoi selepas dua tahun penemuan beliau, serta testimoni mereka yang
menemui pakciknya pada masa itu, Hatashin telah menghabiskan masa selama
beberapa tahun untuk menyatukan kembali cerita dramatik pakcik nya itu.
Dia berjaya menerbitkan sebuah buku bertajuk
"Private Yokoi’s War and Life on Guam, 1944-1972" dalam Bahasa Inggeris pada
2009.
"Saya sangat berbangga dengan beliau. Beliau
adalah seorang yang pemalu dan tenang serta mempunyai kehadiran yang besar."
katanya.
Pengalaman pahit Yokoi bermula pada Julai 1944
apabila Tentera US menyerbu Guam sebagai sebahagian daripada serangan mereka
terhadap Jepun dalam pertempuran di Pasifik.
Serangan tersebut sangat ganas, bilangan mangsa
yang terkorban adalah tinggi pada kedua-dua belah pihak.
Namun, apabila pusat perintah Jepun berjaya
diganggu, askar seperti Yokoi dan lain-lain askar dalam pasukan mereka, terpaksa
dibiarkan hidup untuk menjaga diri-mereka sendiri.
"Dari awal, mereka mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak dikesan pihak musuh. Mereka memadam bekas tapak kaki
mereka apabila mereka melangkah masuk dan bergerak melalui semak." kata
Hatashin.
Dalam tahun-tahun awal keadaan Tentera Jepun
itu, bilangan mereka semakin berkurangan dengan hanya menjadi beberapa dozen
anggota.
Mereka terpaksa menangkap dan membunuh haiwan
ternakan penduduk tempatan sebagai sumber makanan.
Bimbang dikesan oleh Tentera US dan penduduk
tempatan, mereka membawa diri semakin dalam ke dalam hutan.
Di sana, mereka terpaksa makan katak beracun,
belut dan tikus.
Yokoi juga ada membuat perangkap dari buluh
untuk menangkap belut.
Beliau juga menggali sebuah lubang perlindungan
bawah tanah yang disokong dengan batang buluh yang kuat.
"Beliau merupakan seorang lelaki yang sangat
pintar". kata Hatashin.
Membuatkan dirinya sibuk juga dapat membantu
beliau melupakan sejenak daripada terlampau berfikir mengenai sanak-saudara atau
keluarga di kampung halaman, kata sepupunya itu lagi.
Kembali ke Guam
Memoir Yokoi sendiri juga menceritakan mengenai
pengalaman beliau semasa bersembunyi dan mendedahkan keadaan terdesak beliau
untuk tidak putus harapan, tambah-tambah lagi semasa tempoh 8 tahun yang
terakhir di mana beliau benar-benar hidup keseorangan selepas dua sahabat
terakhirnya yang masih hidup, meninggal dunia semasa banjir pada tahun
1964.
Dengan menumpukan fikiran beliau untuk pulang
dan berjumpa dengan ibunya yang uzur, beliau sendiri pernah menulis.
"Ia adalah sia-sia untuk membuatkan hatiku
sakit dengan dengan perkara-perkara seperti ini."
Pada suatu ketika yang lain, semasa dia dalam
keadaan sakit yang teramat sangat di dalam hutan, dia menulis :
"Tidak! Saya tidak boleh mati di sini! Saya
tidak boleh mendedahkan mayat saya kepada musuh. Saya mesti pulang ke rumah
untuk mati. Saya telah berada sejauh ini untuk selamat dan saya tak boleh
sia-sia kan nya sekarang."
Dua minggu selepas penemuan beliau di dalam
hutan, beliau akhirnya dibawa pulang ke Jepun.
Beliau telah dikepung dengan pihak media,
ditemuramah di televisyen dan radio, dan kerap dijemput untuk memberikan ucapan
di universiti-universiti dan sekolah-sekolah di seluruh negara.
Hatashin, yang ketika itu berusia 6 tahun
semasa Yokoi mengahwini makciknya berkata bekas askar memang tidak boleh hidup
tenang di dalam kehidupan moden Jepun.
Yokoi tidak kagum dengan pembangunan pesat
negara selepas perang dan sekali mengulas mengenai rupa baru matawang 10,000 Yen
yang kini dianggap seperti "tidak bernilai" itu.
Menurut Hatashin, pakciknya itu sering
bernostalgia mengenai kehidupan pada masa lalu seiring dengan keadaannya yang
semakin tua, dan sebelum kematiannya pada tahun 1997, beliau kerap berkunjung ke
Guam bersama isterinya.
Beberapa hadiah peninggalannya ketika hayat nya
dihutan termasuk perangkap belut ciptaannya sendiri, tersimpan di dalam muzium
kecil di pulau itu.
Sumber asal: 1newsonline.com