Tak kira adat apa
pun, setiap kaum memiliki adat dan tradisi yang menjadi lambang atau jati diri
seseorang.
Di bawah adalah
senarai 5 fakta berkaitan adat dan tradisi paling pelik di
dunia.
Ikuti sepenuhnya di bawah:
Nombor 5: 'Alakachu' - Culik perempuan
mana-mana yang disukai untuk dijadikan isteri (Kyrgyzstan)
Motif utama wanita di negara ini diculik
bukannya untuk menuntut wang tebusan, tetapi untuk dijadikan ISTERI.
Itulah sebahagian adat pelik yang diamalkan
masyarakat di Kyrgyzstan dimana perempuan boleh diculik bila-bila masa sahaja
untuk dijadikan isteri. Inilah satu-satunya negara di dunia dimana kes
penculikan dianggarkan berlaku setiap 40 minit dan adat tradisi ini dipanggil
'Alakachu' yang bermaksud 'Rebut & Lari'.
Caranya adalah, para lelaki akan memandu
sekitar bandar untukmencari bakal isterinya, jika terjumpalah mana-mana wanita
yang berkenan di hati, perempuan tersebut akan diheret ke dalam kereta dan terus
di bawa lari ke ruma lelaki itu. Tambahan lagi keluarga pihak lelaki telah
membuat persiapan untuk majlis perkahwinan tersebut.
Setibanya 'pengantin' perempuan, keluarga pihak
lelaki akan berusaha sedaya upaya memujuk perempuan itu untuk bersetuju dengan
perkahwinan tersebut.
Secara statistik, 50% wanita negara itu yang
telah berkahwin sekarang adalah mangsa penculikan. Sebab itulah kes bunuh diri
dan penceraian sering kali berlaku di Kyrgyzstan.
Nombor 4: 'Sarung Tangan Semut Peluru'
(Brazil)

Seperti sarung tangan oven tetapi didalamnya
dipenuhi dengan puluhan ekor semut. Semut peluru ini berukuran sepanjang 1 inci
dan untuk info dalam statistik sengatan serangga, semut peluru menduduki tempat
pertama dengan sengatan paling ekstrim.
Tradisi sadis ini merupakan amalan sebuah puak
di Brazil. Salah satu proses peralihan remaja untuk menjadi seorang dewasa perlu
menjalani amalan ujian ini.
Selama 10 minit mereka akan dipakaikan sarung
tangan yang dikerumuni oleh semut ini dan untuk mengurangkan kesakitan yang
dialami, peserta akan diminta menari dengan iringan muzik dan disorak oleh
penduduk kampung.
Walaupun begitu remaja tersebut bukan hanya
melalui ritual ini sekali seumur hidup, sekurang-kurangnya mereka terpaksa
melalui 20 kali sepanjang hidup dan barulah remaja-remaja disana dianggap lelaki
sejati.
Nombor 3: Ratu Hodoh (England)
Kalau kita biasa dengar pertandingan ratu
cantik, di England mereka ada pertandingan Ratu Hodoh.
Inilah dinamakan World Gurning Championship
dimana semua peserta bertanding untuk membuat raut muka yang hodoh sekali.
Peraturannya adalah peserta yang dapat mengubah
wajah mereka kepada yang ekstrim hodoh dan mengerikan akan muncul sebagai
juara.
World Gurning Championship telah bermula sejak
tahun 1269 dan diasaskan oleh King Henry III. Usia pertandingan ini mencecah
hampir 800 tahun dan sememangnya pertandingan ini mendapat sambutan hangat di
England.
Rekod kemenangan 15 kali berturut-turut dalam
pertandingan ini dipegang oleh Tommy Mattison.
Nombor 2: El Colacho - Melompat Atas Bayi
(Sepanyol)
Tradisi ini dinamakan di Sepanyol sebagai El
Colacho dimana seorang lelaki akan memakai topeng yang menyerupai syaitan.
'Syaitan' ini akan berlari dan terus melompat
diatas bayi. Festival ini diadakan setiap tahun sempena meraikan perayaan Corpus
Chrtisti sebuah perayaan Katolik.
Bayi-bayi tersebut akan dibaringkan diatas
tilam dan sekumpulan lelaki El Colacho inilah melompat melangkaui bayi-bayi ini,
dan bayangkan kalau mereka terpijak?
Walaupun begitu, Pope Benedict Ke-16 telah
memberi amaran supaya menjauhi adat dan ritual aneh ini.
Tradisi pelik ini dipercayai boleh menghapuskan
dosa serta melindungi bayi dari anasir jahat kononnya.
Nombor 1: Sati - Bunuh Diri Untuk Suami
(India)
Sati adalah satu tradisi kuno di India yang
telah diamalkan sejak berabad-abad lalu. Kebiasaannya balu yang kematian suami
akan melompat ke dalam api yang sedang marak semasa upacara membakar mayat
suaminya dan ia dianggap sebagai satu cara yang mulia untuk menunjukkan
pengorbanan sebagai seorang isteri yang setia.
Mengikut kepercayaan Sati dilakukan kerana
nilai diri seorang balu tanpa suami dianggap sangat rendah dikalangan
masyarakat. Sati dikaitkan dengan unsur keagamaan, tapi sebenarnya banyak teori
lain tentang kenapa adat kontorversi ini boleh wujud?
Ada pendapat sahih mengatakan bahawa majoriti
balu yang melaksanakan Sati ini sebenarnya dipaksa atau dengan kata lain
dibunuh.
Pendapat ini berkait rapat dengan bukti-bukti
bahawa waris keluarga mendiang suami hidup senang hasil harta warisan yang
dibolot.
Walaupun begitu, amalan Sati pada masa kini
sudah diharamkan di India. -HarianBlogger.Com
Sumber: Youtube ECInspirasi
#FaktaFakrol