
Penglibatan wanita
dalam Perang Dunia II sekitar tahun 1939 hingga 1945 di negara-negara yang
terlibat dengan perang sememamngnya tidak dapat disangkal.
Peranan mereka di sektor perkilangan senjata,
oragnisasi awam seperti kerajaan dan menjadi tulang belakang di sektor
ketenteraan adalah sebahagian sumbangan besar kepada negara-negara yang terlibat
dengan Perang Dunia II.
Wanita sebagai Penembak Tepat Elit
Mereka turut terlibat dalam bidang Sains &
Teknologi Ketenteraan
Pada penghujung berakhirnya Perang Dunia II,
berdasarkan sumber yang telah direkodkan, kira-kira 2 juta golongan wanita telah
terlibat dalam sesebuah negara yang terlibat dengan perang.
Dan tidak hairanlah ada dakwaan yang mengatakan
golongan wanita seringkali ditempatkan di barisan hadapan dan dijadikan mangsa
taktikal.
Sekitar tahun 1945 ketika perang hampir sampai
ke kemuncaknya, dicatatkan beratus ribu wanita mneawarkan diri untuk berkhidmat
di sektor ketenteraan samada sebagai jururawat dan penjaga unit
pertahanan.
Manakala semasa perang di Soviet, kira-kira
800,000 orang wanita telah melibatkan diri sepenuhnya sebagai tentera dan turut
bersama tentera lelaki di medan pertempuran.
Di Russia, selain melibatkan diri di medan
pertempuran, mereka (wanita) banyak terlibat dengan sektor industri yang
menyumbang kepada teknologi ketenteraan.
Kebanyakan wanita di sana banyak mengikuti
program R&D dalam teknologi baru ketenteraan.
Mereka secara tidak langsung banyak bekerja di
kilang-kilang yang menghasilkan kereta kebal, teknologi senjata dan pesawat
tempur. Dan ada sebilangan mereka memegang jawatan tertinggi dalam
ketenteraan.
Penglibatan wanita sememangnya tidak asing lagi
bukan sahaja sebagai jururawat dan operator perhubungan tetapi secara sukarela
menawarkan diri untuk terlibat sama ketika pertempuran dengan pihak musuh.
Di Amerika dan Britain, peranana wanita dalam
ketenteraan tidak kurang hebatnya, kerana mereka kebanyakannya banyak terlibat
dengan sektor perhubungan & komunikasi, serta penerbangan.
Tetapi ia tidak setanding dengan semangat
ketenteraan yang dipamerkan oleh kaum wanita di sekitar negara Eropah lain.
-HarianBlogger.Com
Di Sektor Perkilangan Dalam Menghasilkan
Senjata
Adolf Hitler Sebagai Pemimpin Empayar Nazi
1933-1945 Turut Mengiktiraf Wanita Dalam Bidang Ketenteraan
Sebilangan Wanita Ditempatkan Di Pos Kawalan
Dan Unit Pertahanan
Wanita Berperanan Besar Dalam Menghasilkan
Poster dan Slogan Propaganda
Ketika Menjalani Latihan Peperangan
Berperanan Besar Dalam Mengendalikan Alat
Telekomunikasi Dan Perhubungan
Sumber: