
Sebahagian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup
sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di
bawah. Mereka seolaholah mempersoalkan ketentuan Allah
SWT terhadap mereka.
"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal lakilaki
mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya
lagi banyak."
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari
suami kita, padahal suami kita nak keluar kemanamana pun
tak bagitau kita takpe pulak."
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab
bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding
harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa
sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja?
Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita
tanggung sendiri!"
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi
ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana
keadilan pada kaum hawa?"
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak.
Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila
kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa.
Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi
yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama
rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita
yang terjejas akidahnya dek kerana disogok
pertanyaan.
Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"
Tunggu..!
Istighfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di
atas. Cuba renungi jawapanjawapan di bawah.
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan
di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan
permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu
lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang,
agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan
tangan! Awak tak mungkin akan ter@ngsang n@fsu tengok
saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi
tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya
pakai seluar pendek!"
"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu
wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari
ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu
lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada
suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang
kalian lakukan!"
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit
daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita
itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.
Shh.. jangan kongsi dengan sapesape walaupun suami. Tak
kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka
itu kepada isteri dan anakanaknya. Kalau isteri dia ramai,
anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah
jawabnya!"
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan.
Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian
makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak
meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid
dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu
tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah
beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka
ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik
perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat,
awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka
ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat
syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang
pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan
pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu,
berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa
satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang
wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan
tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut
menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"
Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang
menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada
manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya,
tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan
segala peraturan yang dicipta manusia.