
BENARKAH BENDA ATAS KUBAH MASJID NABAWI KUBUR
PENJAHAT? | Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah
majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad
rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah
majis Nabawi tersebut?

Berikut adalah perkongsian dari Facebook tentang isu ini:
Persoalan mengenai benda yang terdapat di atas Kubah Masjid AnNabawi.
Janganlah kita menjaja lagi pendapat2 yang tidak sahih. Pendapat Imam AzZabidi
tentang berkuburnya seorang yang ingin mencuri/memindahkan jasad
Rasulullah s.a.w daripada makamnya kerana menganggapnya bida’ah
dholalah adalah tidak tepat dan tidak sahih riwayatnya kerana sebahagian
ulama’ menganggap bahawasanya Imam AzZabidi Rohimahullahu Ta’ala
hanya menaqalkan cerita2 masyarakat di persekitaran Madinah alMunawwarah.
Apa yang berada di atas kubah Masjid AnNabawi itu ialah jendela ataupun
tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah
Masjid AnNabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri
jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan
boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua
sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai
adanya mayat di atas kubah Masjid AnNabawi adalah tidak benar kerana ia
bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid AnNabawi..
Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut
adalah tidak benar. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan
umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri.
Wallahualam.