
Ini kisah
inspirasi dari seorang pemuda Thailand bernama Klanarong Srisakul. Pemuda yang
baru sahaja menamatkan pengajian tingginya di Universiti Chulalongkor, Thailand.
Srisakul menulis kisah ini pada halaman Facebook peribadinya.
Waktu dulu,
Klanarong amat merasa malu dengan pekerjaan ayahnya yang merupakan seorang
pemandu lori sampah.
“Ketika saya masih kecil, saya malu tengok ayah
saya. Saya berfikir kenapa ayah saya tidak mengenakan pakaian seragam kemas
seperti bapa sahabat saya yang menjadi polis, tentera dan lain-lain” tulis
Klanarong.
Pekerjaan ayahnya hanyalah sebagai pemandu lori
sampah. Setiap hari bapanya akan bergelumang dengan sisa-sisa bahan makanan dan
sisa buangan dari rumah. Bau busuk dan pakaian yang kotor menjadi sahabat karib
bapanya.
Seiringan dengan waktu, akhirnya Klanarong
sedar selepas si ayah menceritakan tentang perjalanan hidupnya. Dari kisah
ayahnya itu, Klanarong mendapat tahu bahawa ayahnya berhenti sekolah ketika
berada di darjah 4.
“Ayah saya memberitahu bahawa mimpinya adalah
untuk melihat anaknya mendapat pendidikan yang sempurna,” tambah
Klanarong.
Impian itulah yang membuat hati Klanarong
hancur dan luluh. Dia kemudiannya bekerja keras untuk mengejar cita-citanya
menjadi tentera namun permohonannya gagal.
“Saya fikir ayah saya tidak menangis, tapi
kemudian saya dapat tahu dia menyembunyikan tangisannya dari saya.”
Klanarong sangat sedih melihat perjuangan si
ayah yang tidak pernah berkesudahan untuk dirinya. Ketika pengumuman keputusan
kemasukan ke universiti, ayahnya sanggup mengambil cuti untuk menemani anaknya
mendapatkan borang kemasukan ke universiti.
“Ayah saya menitiskan air matanya. Ini saat
yang membanggakan untuk keluarga kecil kami,” tambah Klanarong.
Perjuangan dan pengorbanan si ayah ternyata
menyedarkan Klanarong. Dia menyesal kerana memandang hina pekerjaan ayahnya itu.
Kini, Klanarong telah menamatkan pengajian dari universiti paling tersohor di
Negeri Gajah Putih itu.
“Sekarang, saya ingin berterima kasih kepada
ayah untuk semua bantuannya. Terima kasih untuk lelah, airmata, dan waktu suka
serta duka.”
Klanarong bersujud di bawah kaki si ayah
disaksikan sebuah lori trak sampah yang dahulu membuatnya rasa malu. “Sekarang,
saya ingin ayah bahagiakan ayah dengan kejayaan yang saya milik ini. Ayah adalah
yang terbaik dan juara buat saya. Saya bangga dengan ayah,” tulis
Klanarong.
Banyak pengguna Facebook yang merasa terharu
dengan kisah Klanarong ini.
“Kisah ini membuat saya menjadi bersemangat dan
ingin menjadi seperti ini di masa akan datang,” demikian tulis pengguna
Facebook, Ali Moh. Selain itu, banyak juga netizen yang tersentuh “Saya hampir
menangis, terima kasih atas perkongsian anda,” tulis Suchon
Sungthong.