
Setiap malam,
remaja 14 tahun Kim Sung-Jin yang berasal dari Korea Utara akan memesan makanan
seperti ayam goreng, pizza atau masakan cina untuk dimakan di kamar kecilnya
yang terletak di selatan kota Seoul.
Rutin harian yang dilakukan oleh Kim semenjak
usia 11 tahun akan dirakam dan dimuatnaik ke Youtube. Yang menariknya, rutin
harian Kim ini mendapat tontonan ribuan orang ramai khususnya remaja dan dia
juga turut memperolehi pendapatan lumayan sehingga mencecah RM7K.
Dikenali dengan nama gelaran Patoo, Kim adalah
salah seorang selebriti paling muda di Afreeca TV yang merupakan sebuah aplikasi
siaran video online.
Kim yang memiliki tubuh badan yang kurus
merakamkan aktivitinya menjamu makanan setiap malam untuk tontonan orang
ramai.Ada masanya dia juga turut mempelawa teman-temannya untuk makan sekali
bersamanya.
Mungkin anda hairan kenapa golongan remaja di
Korea Selatan begitu teruja sekali menyaksikan orang makan? Jawapannya ialah
kerana Afreeca TV telah menjadi sebahagian budaya online dan kehidupan sosial
remaja di sana.
Apa yang dilakukan oleh Kim ini digelar sebagai
Meok Bang, iaitu gabungan perkataan Korea yang membawa maksud “makan” dan
“siaran”.
Kim tinggal bersama kakak dan neneknya. Kim
lebih selesa memilih untuk makan lewat dan seorang diri.
“Rutin ini membuatkan saya sangat gembira.
Orang ramai sering menyapa saya ketika terserempak,” ujar Kim.
Seorang remaja 17 tahun, Ahn Won-jun, lebih
suka makan malam di kamarnya sambil menyaksikan Kim daripada menjamu selera
bersama orang tuanya di meja makan.
Sumber dari nypost.com