
1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak disukai oleh
ALLAH s.w.t.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri
terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing.
Makruh kerana ianya merbahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak
berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagipagi
itu membuka pintu berkat)
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM
dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah
syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @
kebaikan.Takuttakut mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan
mewarisi kepapaan.
9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.
10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh
datang bilabila masa.
12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama
manusia kalau memang kita bersalah.
13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam
setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila
gagal.
15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.
16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciriciri munafik dan
menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk
yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama
dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.
21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah
makan jin.
22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan
agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri
kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab
semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih
mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu
dari hambanya juga.