
الَّسلاَُمَعَلْيُكم
بْسِمِالله الَّرْحمِن الَّرِحْيم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para
sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga
ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari al-Mughirah r.a, dari Nabi SAW bersabda maksudnya : “Allah
telah melarang keras (mengharamkan) kamu menderhakai ibu,
melarang membuat bakhil dan mengubur anak perempuan.
Tuhan benci kamu jika kamu terlalu banyak berbicara begitu
begini, terlalu banyak bertanya serta membuang-buang harta
tidak pada tempatnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas terdapat 3 perkara larangan keras (di
haramkan) daripada Allah SWT iaitu :
1. Menderhakai ibu.
2. Membuat bakhil (kedekut)
3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.
Terdapat 3 perkara kebencian Allah SWT iaitu :
1. Terlalu banyak berbicara begitu begini.
2. Terlalu banyak bertanya.
3. Membuangkan harta tidak pada tempatnya.
Huraiannya :
Tiga perkara larangan keras (diharamkan) :
1. Menderhakai ibu.
Ibu adalah insan yang berjasa kepada anakanaknya. Bermula dia
mengandung, melahirkan , memberi susuan, membesarkan dan memberi
penuh kasih sayang kepada anakanaknya. Adalah amat malang ada anak
yang menjadi anak derhaka kerana menyakiti hati ibunya, menyusahkan
hidupnya, membiarkan penderitaannya semasa dia telah tua dan
dibiarkan tanpa jagaan dan pembelaan.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu
bapanya gembira (memberi keredaan), maka sesungguhnya ia membuat
reda Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka
sesungguhnya ia membuat kebencian Allah”
(Hadis riyawat Bukhari )
Dalam hadis yang lain Nabi SAW. pernah bertanya kepada para sahabat
sebanyak tiga kali: “Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang
paling besar?”
Maka mereka (para sahabat) pun menjawab: “Sudah tentu wahai
Rasulullah.”
Baginda menjelaskan: “Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibu bapa
(perawi menerangkan bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar,
lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.” (Hadis riwayat Bukhari)
Lihatlah bagaimana dosa menderhaka kepada ibu bapa ini diletakkan
dalam satu kategori bersama dosa mensyirikkan Allah SWT. iaitu dosa
yang paling keji di atas muka bumi ini.
Di dalam alQuran Allah SWT. berfirman maksudnya : “Dan hendaklah
kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukannya Dia
dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua
ibubapa.” (Surah alNisaa’ ayat 36)
Di dalam ayat ini setelah Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk
mentauhidkanNya dan mengerjakan ibadat kepadaNya, Allah SWT. turut
menyuruh hambahambaNya agar menjaga kedua ibu bapa mereka
dengan baik. Dalam ertikata lain seseorang itu tidak dianggap memiliki
kemantapan iman serta ibadatnya juga belum dianggap sempurna selagi
dia tidak berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Keredaan Allah SWT. terhadap hambaNya juga bergantung kepada
bagaimana seseorang itu menjaga hal ehwal ibu bapanya.
Rasulullah SAW. bersabda maksudnya :“Keredaan Allah terletak pada
keredaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan
ibu bapa.” (Hadis riwayat alTirmidzi )
2. Membuat bakhil (kedekut)
Seburukburuk sifat yang dimiliki oleh manusia terutama orang kaya
adalah sifat bakhil atau kedekut . Orang kaya yang bakhil sebenarnya dia
adalah orang yang sombong, bongkak dan bangga diri kerana dia
merasakan hartanya akan dapat menyelamatkan dia daripada azab yang
dahsyat di hari akhirat.
Sifat dan ciriciri orang bakhil dan kedekut ini iaitu apabila ada orang
datang kepadanya samaada ahli keluarganya atau jirannya atau rakannya
datang untuk meminta pertolongan belum pun sempat dia hendak
ceritakan masaalahnya lantas dia akan berkata “maaf saya tidak dapat
tolong” sedangkan hartanya beratus ribu ringgit, apalah salahnya dia
menghulurkan bantuan, jika tidak dapat tolong banyak tolong sedikit pun
tidak mengapa sekadarnya untuk membantu kesusahan orang lain.
Orang kaya seperti ini hidupnya tidak akan berkat dan perniagaannya
tidak akan maju dan satu masa nanti dia akan mengalami kesusahan
kerana doa orang yang susah tadi kepada Allah SWT ,”Ya Allah
tunjukkanlah kekuasaanMu dan balasanMu kepada orang kaya yang
kedekut ini, aku tahu dia memiliki harta yang banyak tetapi sifat
sombongnya enggan menolongku ketika aku susah sedangkan Kau Tuhan
Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah, rezekiMu keseluruhan di langit dan
bumi dan Kau amat membenci sifat hambaMu yang bakhil dan kedekut”
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud , “Maafkanlah kesalahan orang
yang murah hati (dermawan). Sesungguhnya Allah melihat tangannya
jika dia terjatuh. Seorang pemurah hati dekat kepada Allah, dekat kepada
manusia dan dekat kepada syurga. Seorang yang bodoh tapi murah hati
(dermawan) lebih di sukai Allah daripada seorang alim (tekun beribadah)
tapi bakhil” (Hadis Riwayat Tabrani)
Jelaslah dalam hadis di atas seorang ahli ibadah, tinggi ilmu agamanya,
tinggi pelajarannya (sampai jadi pakar) tetapi apabila kedekut sangat
dibenci oleh Allah SWT . Harta ini sebenarnya milik Allah SWT, bukan hak
kita sepenuhnya jangan ingat kita akan kaya selamalamanya dan tidak
akan jatuh bengkrap. Jangan ingat orang yang miskin dan susah akan
susah selamalamanya kerana dunia ini umpama roda ada kalanya kita di
atas dan adakalanya kita akan dibawah.
Orang yang bakhil dan kedekut ini akan mendapat laknat malaikat
diwaktu pagipagi lagi seperti hadis daripada Nabi SAW.
Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud :
“Tidaklah hambahamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan
turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah
berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah
satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan
kerugian.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya :
“Wahai Ali ! Orang yang pemurah itu dekat dengan Allah, dekat dengan
rahmatNya serta jauh dari seksaNya, sedangkan orang bakhil (kedekut)
itu jauh dari Allah, jauh dari rahmatNya serta dekat dengan seksaNya.”
“Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu syurga yang berbunyi
“Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang
yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka
mengadu domba (mengasut).”
3. Menguburkan (membunuh) anak perempuan.
Di zaman jahiliah dahulu orangorang arab jahiliah menganggap anak
perempuan adalah anak yang akan membawa sial atau menjatuhkan
maruah keluarga, maka mereka akan membunuhnya dengan
menanamnya hiduphidup atau membunuhnya kemudian dikuburkannya.
Perbuatan ini adalah perbuatan yang dilarang keras oleh Allah SWT kerana
membunuh jiwa yang tidak berdosa. Dalam masyarakat kita pula anakanak
yang dilahirkan diluar perkahwinan iaitu hasil perzinaan di antara
lelaki dan perempuan, untuk menjaga maruah keluarga dan untuk
mengelakkan daripada mendapat malu maka anakanak luar nikah ini
akan dibunuh dan dibuangkan begitu sahaja seperti sampah. Setengah
kes pekerja Majlis Perbandaran menjumpai mayat bayi ditempat
pembuangan sampah dan ada setengahnya dimakan oleh anjing.
Perbuatan manusia zaman sekarang sama dengan orangorang jahiliah
malah mungkin lebih kejam lagi kerana tidak pernah kita dengar orang
arab jahiliah memberi makan anjing kepada mayat anak perempuan
mereka.
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja,
maka balasannya ialah Jahannam , kekal ia di dalamnya dan Allah murka
kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar
baginya.” (Surah An Nisaa’ ayat 93)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“ Orang yang mati terbunuh , akan datang di hari kiamat dengan
mengantungkan kepalanya di salah satu tangannya , sambil memegang
pembunuhnya dengan tangan yang lain , sedang darah terus mengalir.
Apabila mereka berdua sudah ada di hadapan Allah, maka orang yang
terbunuh itu berkata : ‘Ya Allah, inilah orang yang telah membunuh aku’.
Maka Allah berkata kepada sipembunuh : ‘Celakalah engkau, lalu di
bawalah orang itu ke neraka’.”
Anakanak kecil yang mati dibunuh oleh ibu yang melahirkannya akan
mendakwa ibu tersebut di hari akhirat dan laknat Allah SWT akan diterima
oleh wanita tersebut dan di humbankan kedalam api neraka Jahanam.
Tiga perkara kebencian Allah SWT :
1. Terlalu banyak berbicara begitu begini.
Terlalu banyak berbicara yang dilarang adalah membicarakan sesuatu
yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa seperti mengumpat,
membuat fitnah, mengadu domba dan berbual kosong halhal dunia yang
tidak berfaedah.
Lidah yang baik adalah lidah yang berzikir, membaca alQuran, berkata
benar dan mengajak manusia kepada amal maaruf dan mencegah
kemungkaran. Sedangkan lidah yang buruk adalah lidah yang digunakan
untuk mendatangkan dosa kepada Allah SWT.
Abu Sufyan bin ‘Abdullah alSaqafi telah bertanya kepada Rasulullah SAW,
“Apakah anggota manusia yang paling merbahaya?”. Rasulullah
menunjukkan lidah baginda dan bersabda, “Inilah”. Mulut dan lidah itu
menjadi begitu merbahaya apabila disalahgunakan.
Penggunaannya yang betul akan mendatangkan kebajikan dan
kebahagiaan di dunia dan hari akhirat.
Abu Sa’id alKhudri meriwayatkan Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Setiap pagi segala anggota manusia berpesan kepada lidah: ‘Engkau hendaklah selalu menjalankan perananmu dengan betul, mengikut
perintah Allah. Jika engkau betul, maka betullah kami. Jika engkau
bengkok, maka turut bengkoklah kami”.
Lidah adalah anggota manusia yang akan memandu anggotaanggota lain
bila lidah lurus dan benar maka anggotaanggota lain akan mengikut
perjalanan lidah.
Dari hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a.
berkata, “Rasulullah S.A.W. ditanya tentang (amalan) yang paling banyak
memasukkan orang ke dalam syurga. Baginda menjawab, ‘Takwa kepada
Allah dan akhlak yang baik (husnul khuluq).’ Baginda ditanya tentang hal
yang banyak memasukkan orang ke neraka. Baginda menjawab, ‘Mulut
dan kemaluan’.” (Hadis Riwayat Tirmizi)
Oleh itu jagalah lidah kita bila hendak berkata berfikirlah dahulu sebab
pepatah ada mengatakan, “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya.”
2. Terlalu banyak bertanya.
Salah satu sifat Bani Israel yang dibenci oleh Allah SWT adalah terlalu
banyak bertanya iaitu mempersoalkan arahan Allah SWT. Bertanya kerana
tidak mengetahu sesuatu perkara digalakkan kerana dengan bertanya
akan mendatangkan kefahaman tentang sesuatu masaalah agama.
Tetapi yang dimaksudkan bertanya yang dibenci oleh Allah SWT adalah
mempertikaikan sesuatu arahan agama, banyak alasanalasan yang
diberikan sedangkan arahan yang diberikan tidak pula di amalkan.
Contoh soalan yang dikemukakan seperti : Kenapa babi itu diharamkan?
Kenapa wanita wajib menutup aurat? Kenapa lelaki boleh berpoligami
sehingga 4 orang? Kenapa pembahagiaan harta pusaka anak lelaki
mendapat dua bahagian sedangkan anak perempuan mendapat satu
bahagian.? Kenapa orang lain kayaraya sedangkan aku miskin? Kenapa
aku mendapat penyakit sedangkan orang lain sihat wal afiat?
Orang mukmin tidak akan mempersoalkan semua arahan Allah SWT
kerana setiap arahan itu mengandungi kebaikan. Dia akan berkata, “Kami
dengar dan kami patuh”, sedangkan orang fasik dan munafik akan banyak
tanya dan mempersoalkan perintahperintah Allah SWT.
3. Membuangkan harta tidak pada tempatnya.
Islam amat melarang umatnya melakukan pembaziran sehingga Allah
SWT menyifatkan orangorang yang suka membazir itu sebagai saudara
syaitan.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah AlIsraak ayat 2627, yang bermaksud:
“…dan janganlah kamu belanjakan harta kamu dengan boros yang
melampaulampau. Sesungguhnya orang yang membazir (boros) itu
adalah saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang
sangat kufur (engkar) kepada Tuhannya”.
Islam begitu menitikberatkan persoalan berhemat dalam membelanjakan
harta atau wang, dan Islam menegaskan agar umatnya tidak melakukan
pembaziran yang hanya akan mendatangkan kerugian. Pembaziran
diambil dari kalimah Bahasa Arab iaitu yang bermaksud membazir atau
boros. Manakala dari sudut istilah syarak pula membawa maksud sesuatu
yang dikeluarkan pada jalan yang bukan hak (kebenaran).
Ibnu Mas’ud menjelaskan bahawa pembaziran adalah perbuatan
menafkahkan (mengeluarkan) atau menggunakan harta pada jalan
maksiat yakni tidak pada jalan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan
tidak berlandaskan tuntutan sunah Rasulullah S.A.W.
Manakala Ibnu Kathir pula mentakrifkan pembaziran sebagai perbuatan
mensiasiakan nikmat Allah kepada perkaraperkara maksiat yang
melanggar perintah Allah S.W.T.
Pendek kata, umat Islam mesti hayati dan amalkan sifat terpuji suka
bersyukur kerana mendapat apa jua nikmat atau rezeki kurniaan Allah
walau sedikit . Dan jangan sekalikali cuba mengamalkan amalan suka
membazir. Yakinlah, bahawa dengan mengamalkan perintah Allah atau
syariatNya dalam Islam ini pasti hidup umat Islam akan lebih baik, berkat
dan sentiasa dalam lindungan serta keredaan Allah SWT.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah samasama kita hayati hadis di atas .Jauhilah dosadosa besar
adalah perbuatan yang membolehkan seseorang itu tergolong di kalangan
orangorang yang menempah keburukan di akhirat nanti walhal di dunia
pun balasan dosa akibat perbuatan tersebut tidak mustahil akan menimpa
mereka.
Menderhakai ibu, bakhil dengan kelebihan nikmat yang dikurniakan Allah SWT membunuh anak sendiri, banyak bercakap perkara yang siasia,
banyak bersoal jawab sebelum melakukan sesuatu perkara dan suka
melakukan pembaziran merupakan perbuatan yang dilarang dan dibenci di
dalam Islam.
Jika direnung akan keadaan umat sekarang, musibahmusibah yang
datang menimpa tidak pernah berkesudahan. Sama ada ia boleh
dikategorikan sebagai cubaan Allah, bala atau malapetaka semuanya
bergantung pada kedudukan sesebuah umat itu kerana Allah tidak pernah
menzalimi manusia tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka sendiri.
Jika kita lalai daripada mengingati dan mensyukuri nikmat Allah, segala
sesuatu yang buruk akan sanggup kita lakukan kerana ia timbul hasil
dorongan hawa nafsu. Hilang sifat kasih sayang, kasihan belas apatah lagi
sifat kebergantungan terhadap Yang Maha Kuasa.
Timbullah sikap angkuh dan bongkak hingga sanggup menzalimi orang
lain. Tidak sedar akan balasan Allah yang bakal menimpa. Bahkan kita
melakukan dosa dengan perasaan megah dan bangga.
Itulah antara sebabsebab yang mengundang kecelakaan. Oleh itu sebagai
hamba yang beriman janganlah kita melakukan perkara yang ditegah
kerana setiap tegahan itu adalah untuk kebaikan diri kita sendiri agar
hidup sentiasa berada di dalam keredhaan Ilahi.