Melaka:
Namanya menggambarkan dia seorang berketurunan Cina, namun seorang pesara Polis
Diraja Malaysia (PDRM), Chan Koon San, 85, lebih dikenali dengan panggilan ‘Pak
Cik Hasan’ dalam kalangan penduduk di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah, di sini,
dan sekitar bandaraya Melaka.
Pesara
polis itu berkata, dia lebih popular dengan panggilan nama itu kerana
kefasihannya bertutur bahasa Melayu dan kehidupan seharian yang banyak
dipengaruhi budaya masyarakat itu.
Chan
berkata, sebagai seorang Cina Peranakan, kehidupan sehariannya seperti pergaulan
dan cara berpakaian lebih terarah kepada budaya Melayu.“Jika ada
orang mahu mencari saya berpandukan nama asal, pasti penduduk mengatakan tidak
kenal kerana mereka tahu nama saya adalah Hasan.
“Malah,
kedua-dua anak saya juga sudah memeluk Islam beberapa tahun lalu dan saya tidak
melarang kehendak mereka,” katanya yang ditemui selepas menerima Pingat Jasa
Pahlawan Negara, yang disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, pada
Majlis yang diadakan di Dewan Seri Negeri, Ayer keroh, semalam.