BENARKAH
seks dengan patung seks lebih menyeronokkan? Itu yang dilakukan oleh sesetengah
rakyat China yang hidup sendirian akibat terpaksa bekerja jauh dari
isteri.
Mereka
akan membeli patung seks itu untuk memuaskan diri, kerana tidak mahu menipu
isteri mereka.
“Secara
jujurnya saya tidak sanggup menipu isteri saya dengan mencari wanita lain
ataupun pelacur, namun saya juga perlu memenuhi keinginan nafsu
saya,” kata Liu yang berusia 29 tahun dan tinggal berjauhan dengan
isterinya.
Dia
yang mempunyai seorang anak, sanggup membelanjakan sebanyak RM9,000 untuk
membeli patung bagi memuaskan nafsunya.
Selain
untuk memenuhi `hajatnya’ patung seks itu juga menjadi peneman Liu ketika dia
hidup sendirian tanpa keluarga di situ.
Dalam
pada itu, jurujual patung seks di Beijing, Yi Jiange berkata kebanyakan
pelanggannya berusia antara 30-an hingga 40-an.
“Saya
mengagumi kesetiaan mereka. Jika seseorang lelaki yang sudah berkahwin enggan
melanggan pelacur tetapi memilih untuk menggunakan patung untuk memuaskan nafsu
mereka, jadi apa salahnya,” soal Yi.