SEORANG
lelaki berusia 42 tahun, Mison Sere dinobatkan sebagai Lelaki Paling Hodoh
Zimbabwe selepas dia memenangi pertandingan Lelaki Paling Hodoh yang sudah
diadakan empat tahun berturut-turut di negara itu.
Mison,
seorang penganggur mengalahkan lima finalis lain termasuk juara bertahan William
Masvinu yang hanya berjaya meraih naib johan sekali gus tidak dapat
mempertahankan kemenangannya buat empat kali berturut-turut.
“Saya
bersyukur dengan kemenangan ini, tahun lepas saya hanya memenangi tempat
keempat. Saya mahu ucapkan terima kasih kepada juri yang telah mengangkat saya
sebagai juara,” katanya.
Sementara
itu, William yang tidak berpuas hati dengan keputusan pihak juri mempertikaikan
kemenangan Mison dengan mendakwa lelaki itu seorang yang agak kacak untuk
dinobatkan sebagai juara.
Menurut
William, Mison hanya kelihatan hodoh sebaik dia membuka mulut yang
memperlihatkan barisan giginya yang patah.
Pertandingan
itu berjaya menarik sebanyak 36 penyertaan tahun ini berbanding hanya lima
peserta pada 2012.