Gambar Pelakon Popular Ditemui
Mati Lemas Di Air Terjun Bidor|Ipoh: Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri
lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di
celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.
L Keshava Rajan, 25, warga tempatan
yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan
dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun
berkenaan, 5.45 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden
Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi
mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8
pagi ini.
“Operasi kami ditangguhkan, petang
semalam, kerana cuaca gelap,” katanya.Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai
pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya, dia ditemui terapung dan
tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi
kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke
Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari
Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri
perfileman di selatan India.
Filem pertama lakonannya bertajuk ‘Ka
Ka Ka Po’ dan bakal ditayangkan, Disember ini.
Dia sepatutnya berlepas ke Chennai,
hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta
tayangan perdana filemnya.
Gambar sekitar penemuan mayat pelakon
kollywood