type='html'>
PETUA HILANGKAN PARUT
JERAWAT DENGAN CARA YANG PALING SELAMAT DAN SEMULAJADI
Jerawat adalah satu masalah
kulit yang sering terjadi kepada semua kaum tidak wanita kaum wanita atau kaum lelaki.
Biasanya masalah jerawat pada muka akan terjadi seawal remaja. Kanak-kanak selalunya
tidak mengalami masalah jerawat.
Apabila berlakunya masalah
jerawat pada kulit, apa yang membimbangkan ramai adalah parut jerawat. Selalunya parut
jerawat ini kelihatan sangat teruk dan ada juga yang menyebabkan
kulit muka
berlubang seperti gambar di atas.
Pelbagai cara yang boleh
dilakukan untuk menghilangkan parut jerawat antaranya adalah
menggunakan serum
hilangkan parut jerawat, ubat hilangkan parut jerawat, krim
hilangkan parut jerawat dan banyak
lagi. Namun tidak semua orang yang menggunakan ubat hilangkan parut itu berjaya. Hal
ini demikian kerana kulit tidak sesuai dengan jenis produk
hilangkan parut
itu.
Cara yang paling selamat
dan semulajadi adalah dengan menggunakan petua untuk hilangkan parut. Berikut adalah
petua untuk hilangkan parut jerawat.
1.Gunakan Madu– Mula-mula
ambil sedikit madu dan campurkan dengan bedak sejuk. Letakkan bedak sejuk yang
bercampur madu itu pada kawasan yang ada jerawat. Lakukan 2 kali
sehari untuk
melihat hasil yang cepat.
2.Gunakan Timun– Hiris
timun segar, dan tampalkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian
bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut
hilang.
3.Gunakan Lidah Buaya–
Ambil daun lidah buaya dan belah dua supaya lendirnya keluar.
Kemudian ambil lendir
tersebut dan sapukan pada kawasan berparut. Lakukan 3 kali seminggu Insyaallah parut jerawat
akan hilang.
4.Gunakan Asam Jawa– Ambil
sedikit asam jawa dan ramas dengan bercampurkan air. Jangan terlalu cair. Sapukan
ramuan asam jawa itu pada kulit yang berparut jerawat. Biarkan
sehingga kering dan bilas dengan
air. Sebaiknya sapu sebelum tidur.
5.Gunakan Baking Soda–
Campurkan dua sudu teh baking soda dengan sedikit air(jangan
terlalu cair). Lumurkan campuran
ini ke bahagian muka yang paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka menggunakan
moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari
sekali.
AMARAN! Elakkan mengutil
pada tompokan dan parut- Mengutil parut akan mengganggu proses kulit anda untuk sembuh
secara semula jadi dan boleh memburukkan lagi rupa parut. Mengutil jerawat yang sedia ada
pula boleh menyebabkan kulit anda berparut kerana bakteria di
tangan anda
boleh dipindahkan ke muka menyebabkan radang dan jangkitan. Oleh itu, mengutil
dan memicit
hendaklah dielakkan sama sekali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)