Permohonan
maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah
kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.
Ye,
aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5
petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas
itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik.
Kau
orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun.
Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.
Bukan
aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai
itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun,
kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu
berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta
bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi
kedekut.
*Kalau
kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung
sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.
Bangunan
Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang
sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin,
gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!
Aku
tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi
berpada-padalah.
Sepatutnya
gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.
Kau
orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit
zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi
Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.
Dah
lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk,
kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan
persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama?
Persatuan Kristian dan Buddhist!
Disebabkan
kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan
Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya
membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali
bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.
Nampak
tak kesan dia?
Yang
duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak
pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana
lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.
Kau
tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan
dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah
berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;
“Berlumba-lumbalah
kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk
melakukan dosa dan maksiat”
Kalau
ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut
mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat
di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Macam mana benda ini berlaku? Aku
bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah,
takkan jadi.
Mereka
yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk
Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke?
Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila
orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun
RM10!
Sebab
itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi
terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan
mengemis.
Aku
harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil
perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan
sebaliknya. – Saff Rainz via THE HYPEMEDIA.
Home » Unlabelled » Inilah KATA-KATA Saff Rainz Yang Buat SEMUA Pekerja Pejabat Zakat Seluruh Malaysia SENTAP 200% !! Pasti Korang Terkejut!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)