Cara Putihkan Kulit Kemaluan Hitam|Dalam artikel kali ini,
kita akan membincangkan tentang cara memutihkan faraj atau kemaluan wanita.
Warna kulit bergantung kepada genetik atau keturunan.
Andainya seorang wanita
berasal daripada keluarga berkulit putih, maka kemungkinan anak-anaknya akan
berkulit cerah juga. Bolehkan ia diubah? Pada zaman moden sekarang, teknologi
semakin canggih. Ia tidak lagi mustahil untuk mereka yang berkulit gelap menjadi
cerah.
Saya baru berusia 23 tahun dan masih belum berkahwin. Saya berkulit cerah dan
putih,
Saya dah banyak pakai produk-produk untuk memutihkan bahagian bibir
faraj,
Tapi satu pun tidak memberi hasil. Dan lagi satu, saya ada masalah
bibir faraj yang panjang. Adakah itu satu yang normal ?
Dyla Zalia
Kuala Lumpur
Jawapan
Bibir faraj hitam sebenarnya adalah normal..walaupun warna kulit kita putih
mungkin faktor genetik. Cik dylia tak perlu risau itu normal dan bibir faraj
panjang juga adalah normal dan tak sama antara individu.
Berikut petua untuk mencerahkan bibir faraj yang hitam dan lebam.
Bibir faraj yang hitam dan lebam dapat dipulihkan semula dengan mencuci faraj
dengan air kelapa muda yang baru. Lakukan sekerap yang mahu.
Walaupun tiada jaminan ia akan berkesan kerana ia bergantung kepada faktor
genetik seseorang wanita.
Yang penting ialah terimalah seadanya kurniaan tuhan. Walau bagaimanapun,
masalah kehitaman boleh dikurangkan dengan produk seperti kolagen dan juga sabun
bervitamin. Ia berfungsi untuk mengurangkan pigmentasi hitam di bahagian badan.
Walau bagaimanapun, seperti yang Dyla cakapkan semua produk pemutihan yang
digunakan tidak berkesan.
Ia mungkin boleh memutihkan bahagian lain, namun pada faraj. Ia mungkin tidak
berkesan.
Anda boleh berikhtiar terumanya untuk wanita yang bakal berkahwin tidak lama
lagi. Tampil sempurna dimana suami adalah sangat penting dalam perkahwinan.
Masalah Kedua
SAYA seorang wanita dan akan berkahwin tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya
mempunyai masalah faraj yang seakan-akan lebam dan bibir vagina saya menjadi
makin gelap. Saya berkulit cerah dan tidak pernah melakukan persetubuhan
sepanjang hidup saya.
Saya ingin mengetahui cara mengatasi masalah ini dan adakah produk yang baik
untuk menghilangkan lebam dan warna vagina yang gelap ini. Saya harap doktor
dapat membantu saya mengatasi masalah ini dan mengesyorkan produk apa yang
terbaik untuk saya guna?
GADIS RUNSING,
Rawang, Selangor
Jawapan:
Saya dapati ramai wanita keliru mengenai anggota kelamin mereka kerana
istilah bahagian anggota kelamin seperti faraj dan vagina tidak digunakan dengan
betul. Faraj dan vagina adalah sama dan ia bukanlah keseluruhan anggota kelamin
wanita.Anggota kelamin wanita itu mempunyai dua bahagian; bahagian luar yang
diberi nama ‘vulva’ dan bahagian dalam yang terdiri daripada faraj, rahim, salur
telur dan sepasang ovari.
Vulva terdiri daripada tundun atau ‘mons veneris’,
bibir besar, bibir kecil yang bertemu di atas untuk menjadi kulup klitoris atau
‘kelentit’. Sesetengah wanita mempunyai bibir kecil kecil yang tidak kelihatan
apabila bibir besar menutupinya, dan ada pula yang mempunyai bibir besar yang
panjang dan ada juga yang mempunyai bibir besar yang tidak seimbang iaitu satu
kecil dan satu besar.
Semua ini normal! Bahagian di antara bibir kecil bergelar ‘vestibule’ yang
mana pembukaan lubang kencing di bahagian atas dan pembukaan faraj di bahagian
bawah, berdekatan lubang najis. Jadi, jika ditinjau, warna kulit badan dan warna
kulit bahagian luar anggota kelamin perempuan yang bergelar tundun atau ‘mons
veneris’ tampak sama.
Yang kelihatan ‘gelap’ atau pudar atau comot ialah kulit bahagian ‘dalam’,
bahagian di antara pembukaan bibir besar, bahagian dalam yang mendedahkan bibir
kecil dan ‘vestibule’.
Sumber: WikipediaKulit bahagian ini adalah jenis kulit yang lembut dan lembap
serta mengandungi lapisan kulit yang mengandungi lapisan sel pewarna yang
membuatkan kulit bahagian itu ‘pudar’ atau ‘gelap’.
Jadi, warna kulit
bahagian di antara bibir besar itu sememangnya begitu dan lebih-lebih lagi jika
individu itu dalam keadaan teruja seksual, maka akan kelihatan lebih pudar,
tembam dan lebam!
Ini kerana kemasukan darah yang banyak kepada anggota berkenaan membuatkannya
bersedia untuk tujuan persetubuhan. Jika anda melihat gambar ‘vulva’ yang mudah
didapati di Internet, seperti dalam laman ‘Wikipedia’, anda akan lihat pelbagai
bentuk dan warna ‘vulva’ perempuan mengikut keturunan mereka.
Sumber: WikipediaMereka semua mempunyai ‘vulva’ yang berwarna lebih gelap
daripada kulit badan sendiri. Jadi, anda tidak perlu tertekan.
Jangan mudah
terpengaruh dengan iklan atau saranan penjual krim pemutih yang kononnya bahan
terbabit dapat memutihkan vulva anda.
Mungkin sebaliknya yang akan berlaku. Pastikan anda memakai pakaian dalam 100
peratus diperbuat daripada kapas yang selesa, pakai pelekat sanitari wanita yang
sesuai waktu haid dan pelekat panti ketika berlaku kebasahan faraj.
Jika mahu menggunakan pencuci wanita, ia hanya boleh digunakan pada bahagian
luar saja.
Yakinlah dengan anggota kelamin anda dan jaga ia dengan baik.