“Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk
jenazah itu.”
Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yang kata tu adalah
tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir
kepada sang jenazah isteri kerana takut batal wuduknya.
Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas alasan yang
sama.
Mari buka Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya tak termakan dengan perkara
ini.
Persoalan – Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapannya sudah tentu tidak batal. Pertama sekali kita mesti tahu bahawa
orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib ikut
syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari
sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalah
tempat meraih kehidupan kekal abadi).
Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu batal sedangkan dia sudah
tidak ada hukum lagi?
Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk.
Maka wuduknya tidak batal. Namun wajib bagi kita yang hidup untuk sucikan najis
itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang hidup dan bukanlah
yang mati.
Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau
sang isteri/suami) maka tidak batal wuduk jenazah itu.
Tapi, jika sekiranya yang hidup itu ada wuduk. Maka yang hidup itu,
batallah wuduknya.
Contoh, suami mati. Isteri cium jenazah suami. Maka suami tidak batal, yang
batal adalah si isteri.
Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi (Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi
Hafizullah )