
Sejarah Ideologi
Nazi (Jerman Nazi)
Jerman Nazi atau lebih dikenali sebagai The
Third Reich adalah sebuah ideologi yang dipimpin oleh diktator Adolf Hitler
sekitar tahun 1938 hingga 1945.
Jerman ketika dibawah kekuasaan Adolf Hitler
Dalam zaman tersebut Jerman telah bangkit
sebagai negara yang tewas dalam peperangan Dunia pertama sebagai suatu kuasa
ketenteraan yang diegruni sekitar eropah.
Dalam zaman pemerintahan Adolf Hitler, Hitler
yang berasal dari bangsa Aryan memainkan politik perkauman dimana mereka
mengagungkan bangsa Aryan dan merendahkan martabat bangsa lain di sekitar
eropah.
Sejarah kebangkitan Nazi tidak lama dimana
mereka telah ditewaskan oleh tentera Berikat dan Soviet. Kejatuhan empayar Nazi
Jerman menyebabkan negara tersebut terpecah dan terbahagi kepada dua blog iaitu
Republik Konfederasi Jerman Barat yang berfahaman Kapitalis dan Republik
Demokratik Jerman di sebelah timur yang berfahaman Komunis-Sosialis.
Kenapa Empayar Nazi Jerman Ditakuti?
Emapayar Nazi digeruni bukanlah disebabkan
bilangan tenteranya yang besar, tetapi teknologi ketenteraan yang dibina ketika
itu menyebabkan mereka digeruni dan ditakuti negara eropah termasuk tentera
Berikat dan Soviet. Inovasi dan penciptaan yang dihasilkan oleh saintis dan
jurutera Jerman Nazi menjangkau teknologi dari musuh-musuh mereka.
Roket V1, Jet pejuang bersayap V, dan kereta
kebal berkeljuan tinggi adalah sebahagian penciptaan yang dihasilkan oleh
jurutera tentera Nazi Jerman.
Kejatuhan Empayar Nazi
Akibat serangan tentera-tentera Bersekutu pada
tahun 1945, dan lebih malang lagi diktator Adolf Hitler dipercayai membunuh diri
sekaligus melemahkan lagi empayar Nazi sehinggalah mereka mengangkat bendera
putih dan maka runtuhlah empayar Nazi pimpinan Hitler.
Kebanyakan penganalisis ketenteraan pada ketika
itu berkata jika Amerika Syarikat tidak terlibat dalam Perang Dunia Ke-2,
berkemungkinan besar Jerman akan meluaskan empayar pemerintahannya dengan
mengalahkan Britain dan menawan negara-negara sekutunya seluruh eropah.
Di bawah adalah beberapa gambar yang
dikumpulkan detik-detik jatuhnya kekuasan empayar Nazi sekitar Eropah.