Sedih Ibu Sujud Depan Kabah Doa Agar Anaknya Yang Murtad Kembali
Kejalan Allah|Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu
yang mengaku murtad pernah berdoa di Makkah agar anaknya kembali semula ke
pangkuan Islam. Kalthum Omar atau dikenali sebagai Mak Som berusia 77 tahun
pernah mengunjungi Baitullah sebanyak dua kali dengan membawa satu satunya
harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH.
Rayuan Ibu Lina Joy
Ogos 2006 – Di hadapan kaabah, seorang wanita bertubuh kurus dari Malaysia
sedang menadah tangan, berdoa. Airmatanya tumpah ke bumi Mekah. Dia tersedu sedu
ketika bibirnya mengucapkan satu persatu luahan hatinya untuk dikongsikan kepada
ALLAH s.w.t.
Ini bukan kali pertama wanita berumur 70 tahun ini menjejakkan kaki ke Mekah.
Sudah dua kali wanita tersebut mengunjungi Baitullah dengan membawa satu satunya
harapan. Dia mahu anak gadisnya kembali ke jalan ALLAH.
Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari
Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu
Islam.
Selama dua minggu diMekah, wanita itu menyerahkan dirinya bulat bulat kepada
ALLAH. Sakit pening yang tiba tiba menyerang kesihatannya digagahi jua. Dia
sedar hanya itu jalan terakhir kerana wanita tersebut yakin ALLAH masih
sayangkan anak gadisnya.
Awal oktober lalu ketika umat Islam menunaikan badat puasa, Mastika berdiri
dihadapan rumah teres setingkat di Kuala Lumpur. Kedatanga kami yang tidak
berjemput pagi itu disambut seorang tua.
Adakah wanita di hadapan kami ini yang
kami cari cari selama ini? Berbaju dan bertudunbg putih, berumur lingkungan awal
70an. Apabila kami menyebut namanya, wanita ini diam. Tetapi apabila disebut
nama Lina Joy, tiba tiba saja air mukanya berubah hiba.
"Ya, memang sayalah ibunya. Saya yang melahirkan Alin dan saya jugalah yang
membesarkannya," tutur wanita ini tersekat sekat kerana terlalu sedih. Kami
diberitahu Alin merupakan pangilan manja seluruh ahli keluarga kepada Lina Joy.
Kami berbual bual biasa dulu. Bertanyakan khabar kemudian bertanya tentang
wanita ini ke
Mekah dua bulan yang lalu. Adakah semuanya berjalan lancar seperti yang
dirancangkan? Berkali kali wanita ini melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah
s.w.t kerana diberikan peluang sekali lagi mengerjakan umrah.
Meskipun selama tiga hari di Madinah dia diserang demam panas namun berkat
sokongan saudara mara dan rakan rakan, akhirnya wanita ini telah menyudahkan
segala suruhan Allah.
"Alhamdulillah … mak cik bersyukur," ucapnya
perlahan.
Dari raut wajahnya jelas ibu ini cukup tabah. Dugaan yang dihadapinya bukan
sedikit namun dia masih mampu tersenyum. Kata ibu tunggal kepada enam anak ini,
sejak suaminya meninggal dunia pada tahun 1995, dia tinggal bersama dua orang
anaknya. Yang lain pula sudah berkeluarga.
"Mak cik redha bila kehilangan suami. Allah lebih sayangkan dia. Mak cik
gembira bila anak anak tidak pernah lupakan mak cik," tutur wanita ini.
Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke
tempat lain, wanita ini tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal
sebumbung dengannya. Tahun 1998 Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu tinggal
dengan seorang rakan.
Doa dan hajat wanita ini cukup besar, dia mengimpikan sekembalinya dari
Mekah, anak gadisnya beubah dan kembali semula kepada agama asal iaitu
Islam.
Majalah Mastika pada Disember 2006 pernah menemui Mak Som untuk mendapatkan
perkembangan lanjut tentang 'Alin' panggilan keluarga kepada Azlina yang
merupakan anak ketiga daripada enam beradik.
Apabila ditanya sama ada Alin juga tinggal bersamanya atau sudah berpindah ke
tempat lain, Mak Som tunduk. Dia menjawab, sudah lama Alin tidak tinggal
sebumbung dengannya. Tahun 1998, Alin keluar dari rumah, katanya dia mahu
tinggal dengan seorang rakan.
Sejak itu Alin jarang jarang pulang ke rumah. Kalau balik pun sekejap saja.
Bila ditanya Alin memberikan macam macam alasan. Mulanya wanita ini anggap Alin
bergurau. Tetapi apabila Alin bungkus barang barangnya, wanita ini jadi pelik
sebab almari pakaian kosong. Yang tinggal Cuma beberapa helai baju kurung.
Kenapa Alin keluar rumah? Alasan Alin mudah, senang hendak ke pejabat. Kerana
percayakan Alin, wanita ini akhirnya tidak menghalang kemahuan Alin. Apa yang
penting anak gadisnya itu tahu menjaga diri.
Siapa temah serumah Alin? Ibu ini tidak mengetahuinya. Alin memberitahunya
dia tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong, Selangor dengan seorang
kawan.
"Mak cik percaya sebab mak cik tahu Alin takkan sanggup tipu ibu bapa
sendiri. Mak cik ingatkan Alin jangan lupa sembahyang, jaga diri dan jangan lupa
balik kalau ada masa terluang. Alin mengangguk," cerita wanita ini.
Adakah itu detik detik permulaan yang membawa kepada Alin keluar dari
agama Islam?
Lama wanita ini termenung. Dia memberitahu, jika ditanya bilakah waktu anak
gadisnya itu murtad, dia sendiri tidak tahu, hinggalah suatu petang Alin pulang
menjenguknya.
"Alin tanya mak cik, posmen ada hantar surat untuknya? Mak cik kata tak ada,
yang ada surat orang lain. Mak cik sendiri tak kenal, nama tercatat atas sampul
surat itu juga belum pernah mak cik dengar.
"Mak cik beritahu Alin, nama atas surat itu bukan nama orang Melayu, bukan
nama orang Islam. Alin tanya mak cik, surat siapa? Mak cik kata surat yang
dikirim itu atas nama LINA JOY," luah wanita ini.
Memang nama itulah yg tertulis di atas beberapa keping surat yang sampai ke
alamat rumah wanita ini.
Pelik, kerana nama itu belum pernah di dengar. Bila
wanita ini bertanya anak anak dan menantunya, tiada siapa yang tahu pemilik
surat tersebut. Tetapi apabila Alin bertanya, pantas sahaja dia mengaku surat
yang sampai di atas nama Lina Joy itu miliknya.
"Mak cik jadi hairan, Alin kata dengan mak cik itu surat dia. Nama Lina Joy
itu namanya," cerita ibu ini kepada Mastika.
Dalam diam wanita ini terkedu.
Apa sudah jadi dengan Alin? Kenapa tiba tiba sahaja namanya bertukar kepada
Lina
Joy? Bukankah nama Alin itu nama yg cukup indah?
Lupakah Alin nama itu diberikan oleh arwah ayahnya?
Namun selepas tamat persekolahan Alin yang berkerja disebuah syarikat swasta
di Lembah Klang, mula berubah. Alin banyak menghabiskan masa dengan rakan rakan
sepejabatnya di luar.
"Tetapi Alin kecewakan mak cik," tutur wanita ini sambil mengesat air
matanya. Tahun 2000, ada desas desus yang sampai ke telinga wanita ini tentang
anak gadisnya,
Alin. Berita itu kurang enak didengar. Alin dikatakan sudah berubah. Kononya
Alin berkawan rapat dengan seorang lelaki berlainan bangsa dan agama. Apa yang
lebih memedihkan ibu tua iti, Alin dikatakan sudah murtad! Alin sudah jadi LINA
JOY.
"Nafas mak cik sesak. Rasa dunia ini jadi gelap. Fikiran mak cik teringatkan
arwah ayahnya. Kalau benar apa yang dikatakan orang, mak cik tak sanggup
kehilangan Alin. Dia harapan keluarga, harapan arwah ayahnya.
Mak cik suruh abangya pergi cari Alin. Alin balik ke rumah. Mak cik nak Alin
tinggal dengan mak cik, biarlah mak cik yang jaga Alin. Tapi semua usaha itu
gagal. Alin tetap berdegil untuk tidak pulang," kata wanita ini lagi.
"Mak cik pujuk Alin, Mak cik cakap pada Alin, baliklah nak …..ibu rindu. Dah
lama Alin tak balik menjenguk mak. Seminggu lepas itu Alin balik, kata wanita
ini.
Apabila ditanya sejauh mana kebenaran cerita tersebut, Lina Joy tidak
menjawab, sebaliknya hanya membatukan diri. Kenapa Lina Joy murtad? Lina Joy
berikan alasan mahu berkahwin dengan lelaki pilihan hatinya.
Menurut laporan Utusan, Mak Som yang akan menunaikan umrah di Mekah minggu
ini akan berdoa supaya agar anaknya dibuka pintu hatinya untuk menerima Islam
dan menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Mak Som berkata keluarga masih menyayanginya dan tidak pernah menyisihkannya
walaupun keadaannya telah berubah.
""Saya tidak pernah bagi izin untuk Alin masuk agama lain dan tidak sesekali
merestui anak saya murtad.
""Saya telah mendidik anak saya sebagai orang
Islam dan dia masih beragama Islam,'' katanya dengan nada sedih.
Mak Som membuat pengakuan itu bagi menafikan kenyataan bahawa beliau dan
keluarga merestui Azlina memeluk agama lain untuk mengahwini seorang lelaki.
"Alin pandai mengaji, boleh membaca Yasin, malah semasa bapa dan neneknya
meninggal dunia, dialah yang membaca Yasin.
""Dia juga berpuasa dan
sembahyang serta pernah bersembahyang tarawih semasa bulan puasa,''
jelasnya.
Mak Som memberitahu, Azlina masih berhubung dengan keluarganya melalui
telefon atau Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) malah pada Hari Raya tahun lalu, dia
balik ke rumah meraikan bersama-sama.
""Hanya setelah Alin pindah ke Sarawak
hampir dua bulan lalu, mak cik tidak berjumpa dengannya,''" katanya.
Sementara itu, menurut jurucakap keluarga itu, tindakan Azlina untuk keluar
dari Islam dan memeluk agama lain sejak 1998 adalah suatu keputusan yang tidak
pernah diduga keluarganya.
"Pelbagai usaha telah dilakukan oleh keluarga ini untuk memujuk Azlina pulang
ke pangkuan mereka.
""Kami telah pujuk dia secara baik dan diplomasi, malah
dia juga pernah diberi nasihat oleh Mufti Selangor serta diberi surat untuk
menghadiri kaunseling, namun dia tidak menghadirinya,'' " katanya.