MACAM-macam
perangai manusia yang tidak terfikir dek akal kita. Lelaki ini, misalnya,
mengahwini pizza kerana baginya pizza tidak akan mengkhianatinya, berbanding
manusia.
Lelaki
yang tidak dinamakan dan berasal dari Rusia serta berumur 22 tahun ini
memutuskan untuk menjadikan pizza, yang merupakan makanan kegemarannya sebagai
satu komitmen untuk dirinya.
Pihak
berkuasa Rusia bagaimanapun menolak pendaftaran perkahwinan berkenaan dan gereja
juga enggan menerimanya.
Akhirnya
perkahwinan diadakan di restoran pizza dengan chef dan pengurus restoran sebagai
saksi.
Restoran
pizza itu juga memberikan sijil kahwin.
Butiran
lanjut mengenai apa yang berlaku pada malam perkahwinan itu bagaimanapun tidak
didedahkan.