RAKAMAN
video seorang pelajar perempuan disepak, ditampar dan dimalukan rakan sebaya
kini tersebar di laman sosial.
Difahamkan,
kejadian berlaku di sebuah sekolah menengah dekat Sematan, Sarawak.
Berdasarkan
video berdurasi 2 minit 51 saat itu, mangsa kelihatan mendiamkan diri, menangis
dan tidak melawan apabila diperlakukan sedemikian oleh dua pelajar perempuan
lain yang nampak tidak berpuas hati dengannya.
Pelajar Perempuan Di Semantan Dipermalukan…
Menurut
pihak yang memuat naik video ini, mangsa didakwa telah memfitnah dua pelajar
terbabit menyebabkan mereka berang dan nekad ‘mengajar’ mangsa di dalam kelas
pada waktu rehat.
Video: Murid Tahun 6 Dibuli Beramai-Ramai Di Terengganu
Kejadian
itu disaksikan beberapa pelajar lain termasuk beberapa pelajar lelaki namun
tiada seorang pun yang tampil bagi membantu mangsa mahupun menghentikan
perbuatan dua pelajar terbabit.
4 Ditahan Kes Buli Pelajar Sampai Berdarah Usus, Buah Pinggang
Mohon Polis
Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan tegas
terhadap pelajar yang terlibat sebagai pengajaran kerana budaya membuli di
sekolah nampaknya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.