Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan

No Comments
yes

Maut Dilanggar Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan |KUCHING ; Seorang lelaki pertengahan umur maut selepas motorsikal yang ditunggangnya dirempuh oleh sebuah kereta mewah milik seorang anak orang kenamaan di Jalan Tun Abang Haji Openg petang tadi.

Mangsa, dikenali sebagai Ting Yew Kui, 50 sedang menunggang motorsikal jenis Yamaha dikatakan terpelanting ke arah kawasan perkuburan sebuah gereja berdekatan.

Kedua-dua kenderaan difahamkan menuju ke arah pusat bandar.

Difahamkan pemandu kereta jenis Porsche berkenaan dipercayai melarikan diri kemungkinan ketakutan selepas insiden tersebut yang berlaku sekitar jam 6 petang.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut pihak polis trafik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian mangsa mengalami pendarahan di kepala sudah tidak bernyawa lagi semasa mereka tiba di lokasi kejadian.
Mengikut kad pengenalan diri yang dijumpai di tempat kejadian, mangsa tinggal di Jalan Brooke Drive,Sibu.

Akibat perlanggaran tersebut, motorsikal yang ditunggang mangsa rosak teruk selepas terbabas ke kawasan gereja manakala kereta mewah berkenaan kemek di bahagian depan selepas melanggar dinding gereja.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Sehingga berita ini ditulis, pemandu kereta yang terbabit belum lagi menyerah diri ke balai.

TImbalan Ketua Polis Daerah Sibu, Supt. Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan kemalangan tersebut masih dalam siasatan pihaknya.

SelatanBersatu
Gambar sekitar kejadian Kereta Porsche Anak Orang Kenamaan langgar penunggang motorsikal

11988280_546291838871959_8616103334385678271_n


12240043_546291902205286_7840608334674407728_n





12243273_546291922205284_5276792617155670270_n


12241555_546292178871925_9103951687135730623_n


11251767_546292132205263_740966320029370276_n


12299380_546292055538604_2354139572550848919_n


back to top